Idea cerita yang not bad tapi cara penceritaannya tidak seperti aku harap dan jangkakan. Permulaan yang penuh dialog dengan ekspresi, emosi dan interaksi watak-watak yang agak janggal, seakan tidak serasi dengan naratif. Aku tak kisah cerita banyak dialog tapi sekurang-kurangnya bagi ia menarik-- tak draggy, lari topik atau nampak macam rambling too much. Bab awal dengan kacau bilau hal pejabat, Fazle, Fairuz dan Hanna. Hanna yang datang dengan masalah, jadi muncul saja dia di perenggan setiap kalinya juga dengan bawa masalah. Hanna dan Hazrul-- their relationship messiness, ini semacam cubaan mahu buat cerita lebih variasi dengan cipta konflik hubungan tapi gagal.
Kisah si watak utama-- tentang Hasnan yang mahu sangat jumpa ibunya hingga setuju ikut ritual si bomoh untuk tinggal di sebuah rumah di satu kampung. Watak Dois muncul dan ada backstory Hasnan di sekolah dan sepanjang kehidupan alam remajanya. Tentang hal 'topeng' yang dipakai Hasnan hingga ke dewasa. Agak keliru sebenarnya sebab penceritaan berselerak, perbualan meleret dengan topik yang selalu keluar dari fokus.
Betullah kata Darus, Hasnan ini mood swing-nya mengalahkan perempuan. Emosi turun naik, barangkali sebab pengalaman dan trauma dulu buat dia ada ragam semacam sekejap okay dan tidak. Satu hal yang aku rasa okay pun mungkin sebab jalan cerita ada sentuh pasal moraliti, keluarga dan persahabatan (walaupun setiap cerita tak semestinya perlu ada moral atau pengajaran pun) jadi nampak tujuan cerita ini ke mana.
Aku tertarik dengan watak Fairuz sebab predictable betul watak dia (dan betul macam apa aku agak) dan curious nak tahu the real story kenapa Hasnan jadi seorang Hasnan yang ber'topeng'. Kalau cerita ini tak draggy atau kurang konflik pelik-pelik dan tak perlu, mungkin aku akan suka.