Naskhah jenayah dan penyiasatan yang sangat seronok dibaca. Terjemahan yang mudah difaham dengan jalan ceritanya penuh dengan misteri, dinamik dan saspens. Kisah pegawai penyiasat polis Kōsuke Nitta yang harus bergabung dalam pasukan penyamaran dan perlu jadi salah seorang staf front desk di Hotel Cortesia demi menangkap seorang penjenayah yang dikatakan menjadi dalang kepada tiga pembunuhan berantai dan sedang merancang untuk melakukan pembunuhan ke-empatnya di Hotel Cortesia.
Ada twist dan intens yang aku suka terutamanya berkait hal kod rahsia yang ditinggal penjenayah. Deskriptif dengan babak-babak tegang dan hal perselisihan juga persahabatan yang menarik antara Nitta dan Yamagishi Naomi; staf front desk hotel yang bertanggungjawab jadi supervisor kepada Nitta sepanjang pengintipan berlangsung— sedikit terhibur pada awal cerita dengan karakter Nitta yang tak gemar diarah juga Naomi yang tegas dengan tugas seorang pekerja hotel yang harus utamakan permintaan dan kehendak tetamu. Pelbagai insiden terjadi melibatkan beberapa tetamu hotel yang mencurigakan sehingga hubungan Nitta-Naomi jadi akrab dan akhirnya bekerjasama untuk merungkai identiti penjenayah, motif pembunuhan dan hubungkait setiap mangsa dalam kasus berantai tersebut.
Suka watak Nose yang banyak tolong Nitta juga hal prosedur dan plan penyiasatan sepanjang pasukan polis penyamaran berada di Cortesia. Motif dendam yang tak tersangka dan licik tapi cukup mencengkam dengan babak cemas menuju ke akhir cerita. Tentang hal kepercayaan, empati, isu psikologi, budaya juga dedikasi dan tugas seorang pekerja kepada jawatan yang disandangnya. Pengakhiran bab dengan perungkaian misteri yang mendebarkan tapi hujung plotnya seperti ada satu ‘happy ending’ yang boleh dijangka.
Ada beberapa buku lagi dalam siri Masquerade ini, harap akan ada terjemahan dan peluang untuk baca naskhah yang lain jugak! 4.7/5*