Pelik yang menarik. Fiksyen-fiksyen yang bawa saya mengembara entah ke mana, imaginasi paling luas dan tak terfikir. Barangkali ada yang anggap ia aneh-- tetapi percayalah cakap saya, ia sangat lazat.
Bahagian kegemaran saya-- KETAKTERHINGGAAN. Kisah Censorship Board masih buat saya sedikit terharu dan mungkin watak lelaki baik hati di dalam telinga itu antara watak kegemaran saya. Saya paling ingat cerita bendi dan mangkuk tingkat. Comel sungguh. Dan kisah yang kena baca dalam satu nafas itu buat saya betul-betul berdebar. Ada satu dua yang lain menjadi kegemaran saya juga-- masih teringat-ingat tetapi secara keseluruhan, kesemuanya bagus belaka. Kagum dengan imaginasi penulis, absurd!
Kalau mahu inspirasi atau sedikit adventur fantasi, silalah baca.