Sebenarnya baca hampir 70% plot tentang diari seseorang bukanlah hal yang menarik pun. Rasa bersalah yang curious tapi saya dah berkenalan dengan 4 watak yang punya agenda sendiri.
--Mark yang cuba nak sembunyikan sesuatu dari masa lalu.
--Claire yang murung dan sakit hati tentang hal rumahtangga dan rasa kekurangan diri yang melampau.
--Hans yang sanggup lakukan apa saja untuk perangkap pembunuh mayat perempuan di Sungai Cam.
--Sophia yang sudah 'tak wujud' dalam realiti tapi naluri balas dendamnya masih berkeliaran.
Saya dibawa merentas kisah antara kesemua watak ini dalam menyelesaikan hal yang 'semalam'. Banyak hal misteri dan saspens, kisah rahsia yang terpendam lama, hal perhubungan, masalah cinta atau obsesi, kepentingan sendiri dan memori lama yang dah dikoyak lupa tapi datang semula dalam bentuk 'fakta'.
Konsepnya menarik. Latar plot antara duo dan mono, diskriminasi cuma dilihat pada tahap ingatan seseorang. Pembahagian bab yang tak mengelirukan, bagus bila diasing cerita dari point of view setiap watak. Petikan-petikan berita di pengakhiran bab saya anggap bonus dan fakta tambahan. Ada perkaitan politik yang saya tak berapa gemar nak baca tapi ajaib sekali bila naratif selalu buat saya tak sabar dan waspada, antara kasihan dan mahu tahu cerita sebenar. Suka karakter Hans. Mungkin sebab dia detektif (atau mungkin sebab dia saja yang saya boleh nak percaya). Kemahuan Hans yang cuma nak selesaikan kes sebelum hari berakhir bawa dia ke satu kasus balas dendam yang diseret bertahun. Hal penyiasatan Hans dah kembangkan jalan cerita dan watak-watak dengan perangai sebenar. Motif balas dendam walau sangat samar awalnya runsing juga saya bila Hans lambat betul hubungkaitkan hal Anna May dan Sophia sebab waktu watak Anna May muncul semula arah plotnya ke mana sudah boleh diagak (risau betul kalau penulis nak drag lagi cerita yang memang dah berjela ni). Tak tahu nak kasihankan Mark ataupun tak (masih tak suka perangai kaki perempuan dia) tapi terasa macam watak dia lah paling tersepit di tengah-tengah (dan hal taksub dia dengan Virginia Woolf buat saya rasa nak baca novel beliau). Ada bahagian yang meleret (tentang diari-diari harian yang penuh emosi dan rahsia, diari Sophia terutamanya yang banyak membebel) tapi struktur penceritaannya masih kekal saspens dan misteri sampai saya harus fikir dua kali juga dengan deduksi sendiri. Hal selepas pembunuhan itu betul-betul tak disangka, licik sungguh si antagonis. 3.5 bintang!