Misteri jenayah berlatar balas dendam. Susun kata dan bahasa bagus, permainan emosi yang cukup, karakter-karakter yang misteri dan mencurigakan, terasa mahu point the finger to everyone. Motif A agak longgar untuk dia jadi seorang pembunuh ala bersiri begitu tapi aku fahamlah perasaan kehilangan dan amarah mungkin dah buat A rasa semua bersalah atas kematian Adam. Suka dengan gaya penceritaan penulis walaupun rasa pembahagian bab macam berselerak dengan narator berbeza, adegan saspensnya juga tidak cukup menarik bagi aku namun kredit untuk deskripsi latar dan babak yang perinci.