Sangat di luar expectation. Saya mula baca cerpen pertama dan rasa puzzled. Jadi saya tukar dan baca cerpen-cerpen di bahagian KAOS dahulu yang satu-satunya kemudian buat saya jatuh cinta.
Seperti buku Borges yang disebut dalam cerpen Metaskandal, sebetulnya penulis juga buat saya lemas dalam labirin kata-kata. Saya salut dengan idea dan imaginasi penulis. Penulis sangat bijak ekplorasi ruang naratif dengan mood dan karakter-karakter (yang sesetengahnya saya rasa macam tengah mogok dan tunjuk perasaan) yang realistik dan sureal. Olahan isi dan susunan setiap satunya seragam, buat saya makin mahu tahu apa seterusnya. Isi ceritanya kadang ada tanda soal, tapi tetap juga saya rasa puas membaca. Jangan haraplah nak jumpa pintu atau tingkap dalam ruang cerita di tempat yang sepatutnya-- ada misteri yang tak sepatutnya diambil tahu.
Saya suka cerpen Menunggu Beckett. Saya belum pernah baca Waiting for Godot tapi cerpen Menunggu Beckett buat saya rasa nak cari buku Beckett dan baca. Cerpen Maya dan Sebuah Kota di Bawah Katil sangat intriguing. Ada seribu perasaan waktu baca Ibu & Kota-- dan siaran tergendala pada saat yang genting? /rasa nak marah/ Dan ending cerpen Rfingk! Rfingk! Rfingk! sangat sedap-- "Sunyi yang menyerupai bunyi kematian. Oh, apa lagi yang akan engkau lakukan untuk tidak menamatkan naratif diri ini dengan noktah?"
Enigma yang menyeronokkan!