Dua buku digabung jadi satu. Tulisan pertama daripada Sapardi yang aku baca (belum pernah baca buku puisinya).
Aku suka dengan kumpulan cerita di Malam Wabah. Dongeng-dongeng ceritanya seakan misterius, bagi aku. Semacam ada makna tersirat yang kelam tentang hidup yang cuba disingkap/ dijelaskan. Tidak ada yang membosankan walaupun jalan ceritanya seakan antiklimaks, tidak bertujuan penting- yang begitu-begitu saja atau simple malah kadang bikin kecewa kerana enak melayan tiba-tiba.. eh habis?
Ooookay.
Ada beberapa dongeng cerita yang aku suka, antaranya: Rumah-Rumah, Sepasang Sepatu Tua, Membunuh Orang Gila, Bingkisan Lebaran dan Gadis Berjilbab Dalam Angkot.
Di Pada Suatu Hari Nanti yang berkonsep cerita rakyat, namun diceriterakan dengan gaya 'what if' sungguh menghiburkan. Paling aku suka cerita Pada Suatu Hari Nanti, Dongeng Kancil dan kisah tentang Malin Kundang (judul betulnya agak panjang, aku lupa).
Sisi Sapardi yang baru aku kenali. Gaya bahasanya sungguh sederhana dan mengalir cantik. Lepas ini aku cuba baca buku puisinya pula.