Satu adventur coming-of-age dalam fragmen memori dan seorang sahabat baik. Ali ingatkan saya kepada diri sendiri yang pernah hilang sahabat rapat (juga kerana kemalangan) pada umur yang sama.
"Rasa tidak senang tentang rindu pada orang yang sudah mati."
Menjalani hidup seorang Ali-- ingatan tentang J, Duri dan gitar-- sepi dan muzik. Ia lebih kepada Ali yang harus tunaikan impian seorang J (secara tak rela). 27, karakter yang sangat misterius. Dalam bercanggah dimensi, 27 datang cari Ali untuk J. It was super bizarre, but magical. Blur, pelik dan ralat tapi anehkan saya suka dengan idea penulis. Segar, untuk sebuah buku berbahasa Melayu.
Jalan cerita slow-mo, mendung. Tak ada riang atau istimewa. Kalau jenis pembaca yang cari fun dan humor, memang tak akan jumpa. Satu pujian untuk laras bahasanya-- kemas dan beritma, cuma mungkin kurang emosi bila terlalu kemas (atau terlalu bersahaja) begitu. Ada sisi yang bosan, sama bosan macam waktu 27 masuk ke Rumah Puaka-- antara suka dan tidak. Mungkin saya tunggu lama untuk satu pentas impian di Kopi & Mimpi. Di buku ini kesepian milik Ali dan 27. Keduanya alami satu kematian. Membaca Ali seperti membaca 27.
Perbualan A dan J di tengah buku antara kegemaran saya. Cerita-cerita J dalam aksara italic juga. Melankoli dan sunyi. Waktu Ali dan 27 di rumah pokok, dan Ali sebut-- Saya ambil masa untuk perasan bau wangi dari rambutnya. Syampu yang dipakainya, saya percaya, terkandung haruman masa lampau-- buat saya percaya bila 27 kata dia dari 10 tahun akan datang.
Ini buku pertama dari penulis yang saya baca. Lebih kepada curious sebenarnya-- kulit hadapan sudah sedia cetak ia tentang kesepian dan kematian dan penulis juga sebut dia mahu karakter yang sederhana, jadi saya pun tak mengharap apa-apa.
But one thing, Ali is so memorable. Sampai sekarang pun saya masih ingat perangai Ali yang tiada perasaan itu. Simpan dalam, so in denial. Dalam tak mahu 'beban' untuk impian J, dia tulis juga satu lagu untuk J. Semoga jumpa an 'Alia' one day, dear Ali.