Aku mengingatkan yang si Pandu Lukas akan bergabung bersama Kokasih dan Gozali dalam selesaikan kes kerana nampaknya karakter Pandu hebat menaksir. Ya, bagus juga jalan cerita kali ini. Buku kedua dari S. Mara Gd yang kubaca. Kaget-kagetnya ada juga. Misterius juga mahu fikir yang membunuh kali ini- pasti karakter yang paling tak terduga. Aku tertarik dengan gaya penulis yang pandai menyusun atur plot-plot cerita- tidak berselerak dan mudah faham menjadikan jalan ceritanya smooth dan menarik. Tahniah untuk Fixi kerana membuat pilihan yang aku kira tepat untuk kerja translasi. Moga ada lagi dikemudian nanti :)