Kisah cinta si lelaki dan si gadis berlainan suku/adat dan agama, saling suka namun kisahnya tidaklah seromantis yang selalu-selalu. Masalah-masalah sendiri-- kurang yakin, mungkin. Diceritakan seakan ia satu halangan yang besar terutama bagi si lelaki yang seringkali berfikir-fikir sendiri, risau, dan cemburu. Ada kisah-kisah keluarga dan hal-hal sahabat juga. Agak menarik bila ada satu bahagian yang ditulis tanpa titik atau koma sebanyak dua muka. Juga bahagian balas-membalas mesej antara kedua watak utama.
It was okay although saya harus google beberapa perkataan Indonesia baru-- new stuff, new knowledge. Jalan cerita yang tidak susah untuk dihadam, konflik diri saja untuk buku pertama dari trilogi ini. Namun ending-nya buat saya mahu tahu sambungan di buku kedua. Mungkin kemudian saja saya beli.
Paling gemar bab akhir-- tentang tiga sajak kecil. "Suaramu lorong kosong sepanjang kenanganku, diammu ruang lapang seluas angan-anganku."
Pak Sapardi dan bahasa puisinya.