Ideanya bagus walaupun isinya agak klise dengan cerita dendam kerana cinta ditolak. Dari awal aku tak gemar dengan karakter Pian dan tak tahulah kenapa Kudin asyik jadi pak turut sampai akhirnya termakan diri sendiri.
Bab awal yang perlahan dan tujuan naratif tak tahu nak ke mana. Bila Kudin bagi kata setuju untuk balik kampung dan jumpa Wak Jemin, baru naratif mula berkembang dan rasa ingin tahu lebih lanjut. Satu hal dengan penceritaan ANGKER yang aku suka bila penulis banyak guna kosa kata atau perkataan melayu yang aku tak pernah dengar (rengak, bukat, kekel, kelintar dll).
Watak utama dan sampingan yang digarap sempurna walau babaknya saling bertukar setting antara Pian dan Kudin juga Kamisah dan Jiji, penulis bijak mengatur alur cerita-- kemas dan tak meleret. Debaran dan misterinya cukup, bersesuaian dengan judul (terlalu banyak hal di kuburan sampai aku tertunggu apa lagi penulis nak hubungkait plot dengan kubur, tapi agak cemas juga ya fuhh~).
Suka dengan suasana kampung dengan bual-bual di kedai kopi. Hal keluarga dan persahabatan, rahsia dan sedikit jenayah, saling kait peristiwa yang tak tersangka. Walau ada beberapa adegan yang terlalu tiba-tiba namun twists-nya agak menarik di hujung cerita. Epilognya juga masih mengundang misteri.
Tahniah ANGKER berjaya menjadi antara pemenang saguhati Sayembara Fixi Musim ke-2!