Teman yang pernah membaca buku ini pernah beritahu ia bukanlah sebuah cerita pendek mahupun sebuah novel-- lebih kepada skenario dan scene filem yang dikarang seorang sutradara terkenal, dan mungkin barangkali saya tidak berkenan mahu membacanya.
Saya pernah membaca puisi Chairil di bukunya sebelum ini jadi terpanggil mahu memiliki. Kisah hidup Chairil di buku ini agak tragis dan kadang saya jadi kasihan juga. Chairil, pemuisi yang penuh dengan kata magis dan puitis bahasa, si gila perempuan yang tidak peduli sengsara.
Saya suka scene waktu pertama kali Chairil bertemu Hapsah, juga pada bahagian akhir ceritanya yang agak sedikit sepi dan masih mengharap.
"Kupilih kau dari yang banyak, tapi sebentar kita sudah dalam sepi lagi terjaring..."
Bacaan yang menarik, dan wajib baca kalau peminat Rangga. 3.5 bintang!